Saturday, 26 May 2012

Jom selidik mitos makanan yang dilarang


Salam semua... ari ni Huraiyah nak share pasal mitos yang selalu orang dulu-dulu katakan. Setiap mitos ni kadang2 ada yang benar atau sebaliknya. Jadi untuk tahu kebenarannya haruslah kita siasat dulu. ok.

Selama ini kita selalu dengar mitos pasal makanan tertentu. Contohnya tak elok makan udang dengan minum minuman sejuk, dikatakan boleh membuat perut buncit. Dalam situasi ini, meskipun masih ragu kita pasti tidak akan mencubanya. Daripada menyeksa diri, ekoran percayakan mitos, hingga kita x menyentuh makan kegemaran kita, adalah lebih baik selidik dulu kebenarannya.

Mitos : Minum air sejuk membuatkan tubuh berisi

Fakta : berdasarkan kajian yang dilakukan, air sejuk tidak mengandungi kalori, jadi tidak membuatkan tubuh bertambah gemuk. Minum air dalam jumlah yang banyak memang membuatkan tubuh menjadi berat, tetapi lebihan air itu akan dikeluarkan sendiri oleh tubuh kita melalui urin (air kencing)

Mitos : Makan tembikai setelah makan durian boleh terkena strok
Tembikai Petak

Durian...Yumm..yumm.. my feveret






Fakta : Durian mengandungi alcohol jadi kita perlu mengurangkan pengambilannya. Berbeza dengan alcohol, jika minum berlebihan kan merosakkan hati dan system peredaran darah (haram minum alcohol bagi orang islam). Tetapi jika makan tembikai dalam kuantiti yang sesuai, maka tidak perlu bimbang. Makan durian berlebihan memang boleh mendorong untuk mendapat strok terutamanya jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat dan kurang bersenam. Lagipula kandungan fruktosa dalam tembikai rendah dan tidak sampai  ketahap menyebabkan strok.

Suka Sangat air Buah ni..besh
Mitos : Air limau nipis menyebabkan pedih ulu hati
Fakta : Minum air limau nipis tidak akan member pengaruh pada berat tubuh apalagi jika ditambah gula lagi bertambah kalori. Walau rsanya masam, airt limau nipis tidak membuatkan perut pedih. Rasa masam buah ini bersifat neutral dan membantu meneutralkan asid di dalam perut. Oleh itu, air limau nipis tidak mendatangkan pedih ulu hati.

kadang2 bila masak mesti termasin makanan terlbh bajet lak..hehe
Mitos : Garam membuatkan hipertensi.

Fakta : Menurut kajian yang dilakukan penylidiktubuh kita sebenarnya memerlukan 5 hingga 6 gram garam setiap hari.Kelebihan garam mampu mendorong jantung bekerja lebih keras. Ini kerana terdapat kandunagn natrium yang ada di dalam garam.

Mitos : Pesakit Gastrik tidak boleh mengambil mee dan kopi
Pernah pergi kursus buat mee kuning ni..
 Bila tengok ni, mesti teringatkan ayah Huraiyah 

                 
                 




Fakta : pesakit gastric memang tidak boleh mengambil mee dan minum kopi dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana kafein dalam kopi dan zat pengeras dalam mee terutasma mee segara boleh merangsang peningkatan asid dalam perut. Mee segera juga mengandungi zat pengawet yang tidak boleh dicerna oleh tubuh dan ini merosakkan hati serta ginjal.

Mitos : Makan udang + vitamin C menyebabkan keracunan
masak lemak pun sedap
kaya vitamin C..









Fakta : Perkhabaran bahaawa makan udang dan vitamin C menimbulkan racun arsenic dalam tubuh adalah mitos semata-mata! Udang dan vitamin C tidak mengandungi racun arsenic. Sebaliknya vitamin C mengandungi anti oksidan yang boleh meneutralkan kolestrol dalam udang.

Mitos : Makanan manis penyebab diabetes
kurangkan GULA!!!
Fakta : Jangan salah sangka, karbohidrat pun boleh menjadi penyumbang kepada diabetes. Karbohidrat seperti nasi dan tepung juga mengandungi glukosa. Tapi tidak bermakna boleh berpantang makanan manis. Gula tetap diperlukan untuk melancarkan kerja sel dan enzim. Gula yang baik berasal daripada sumber alam seperti buah-buahan.


Mitos : Teh menyerap lemak dari makanan (langsing)
My Brother suka minum...tapi sekarang dah kurang..pantang

Fakta : Teh bukan penyumbang kepada pelangsingan, sebaliknya boleh membuatkan kamu menderita anemia. Hakikatnya zat tanin dalam teh akan menyerap zat besi dan mineral makanan yang kita makan dan bukannya lemak. Jika ingin minum teh, minum selepas dua jam mengambil makanan. Ini bagi member kesempatan pada usus menyerap makanan yang dicerna terlebih dahulu.

Mitos : Karbohidrat jadi lemak dalam tubuh
Fakta : setiap makan yang berlebihan pasti akan menjadi lemak dalam tubuh. Tidak pada karbohidrat sahaja. Jumlah kalori dalam karbohidrat sama seperti protein tapi karbohidrat lebih mengenyangkan. Bukan karbohidrat yang harus dikurangkan ketika berdiet tapi jumlah kalori secara keseluruhannya.

Jadi kesimpulannya ada sesetengah mitos yang betul dan ada yang kurang tepat. Jadi sebelum kita terus percayakanya, eloklah kita siasat kebenarannya juga. Ada banyak lagi mitos2 yang selalu kita dengar. Untuk itu kita harus siasat dahula kebenarannya. 

5 comments:

  1. Mi querida amiga

    Una entrada magnifica sobre la alimentación
    Gracias por compartirla
    Que tengas un lindo dia
    Besitos desde España

    ReplyDelete
  2. you're welcome..and
    thank you for wanting to read..

    ReplyDelete
  3. Great blog!
    Cheers from Argentina.
    HD

    ReplyDelete
  4. Interesante entrada y blog
    Gracias por seguir el cortralito de Piraeus

    Con cariño Victoria
    Hasta pronto amiga!!!

    ReplyDelete

boleh comment disini...