Wednesday, 16 May 2012

Salam sejahtera semua. maaf kerana dah lama x update blog ni. so kali ni nak berceloteh panjang sikit. 
Terlebih dahulu, Selamat hari guru kepada semua guru-guru di Malaysia!!! bila sebut hari guru ni kan, Huraiyah teringat zaman belajar dulu. Hari guru ni seronok sangat sebab kte x belajar ari tu.. mesti ada macam2 aktiviti. rasa besh sangat. Huraiyah pernah juga membuat persembahan dengan kawan2 sekolah sempena & khas buat guru2 di sekolah Huraiyah. antara yang wajib setiap kali hari guru ialah hadiah. tiap2 tahun pasti kena ada hadiah. mulalah pening mak & abah. coz kena pilih hadiah. hadiah tu pulak x boleh sama dengan tahun2 yang sebelumnya. hahaha... klaka plak rasa. jenuh juga dorang memilih demi anaknya yang sorang ni. dah la duit dorang kan, cerewet pulak Huraiyah ni kan. Huraiyah teringat ada seorang guru di sekolah dulu, dia banyak dapat hadiah daripada para pelajarnya. sampai nak penuh jugalah keretanya, tapi pada hari tu jugalah hari perpisahan dia dengan kami semua. coz masa tu dia dah nak bersara. sedih kan. eh tetiba lak sedih kan. 

Sebenarnya tugas seorang guru ni berat. dorang nak didik kite semua supaya menjadi insan yang berguna dan terpelajar dimasa hadapan. dorang juga sangat sabar dalam melayan kerenah kita sebagai pelajar. Jadi seorang guru ni, kena pandai untuk buat pelajar minat nak teruskan pelajaran bersama guru kiranya taktik la kan. sekarang pun kerajaan buat program Guru Penyayang. ini membolehkan hubungan antara pelajar dan guru lebih erat ibarat guru menjadi rakan baik kita. ini akan membantu  proses pengajaran & pembelajaran berjalan lancar. cara pendidikan dulu dan sekarang sangat berbeza. kalau dulu guru2 boleh guna rotan dalam mendidik anak2, tapi sekarang berbeza, pendekatan dengan pelajar sangat penting. sekaligus guru boleh memahami masalah yang dihadapi seorang pelajar. kalau dulu tidak ada teknologi maklumat ataupun IT(jika ada pun masih kurang digunakan), tapi sekarang semua guru harus tahu menggunakannya seiring dengam pelajar sekarang yang kebanyakkan daripada mereka lebih arif tentang penggunaan gajet-gajet canggih ni. Seperti tema hati guru tahun ni, Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Huh berat tugas cikgu ni kan. banyak nak kena fikir. kite tengok macam senang je. pegi pagi tengah hari dah balik. tapi kite semua silap. kite kena fahami. jadi pendapat Huraiyah kite sebagai pelajar pun patut bantu guru2 kita. tunjukkan result yang baik dalam pepriksaan. ini akan membuat guru kita berasa gembira.

Ok lah. korang tahu tak sejarah hari guru ni? meh kite kongsi cerita ringkas ni. mybe dah ramai yang tahu. tapi Huraiyah nak cerita jugak... Hari guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. tarikh ini dipilih kerana pada 16 Mei 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadanagn-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sejak itu.

Korang tahu tak sebenarnya bukan Malaysia sahaja yang menyambut hari guru ni. negara luar pun menyambut hari guru. antaranya negara Amerika Latin, China, Czech, India, Korea selatan, rusia Taiwan dan banyak lagi negara lain. setiap tahun dorang juga sambut. tapi yang membezakannya cuma tarikh sambutan. contohnya negara Korea Selatan, Mereka menyambutnya pada 15 Mei. Pada hari itu, para pelajar biasanya akan memberi bunga carnation ataupun bunga teluki dan hari sekolah akan dipendekkan pada hari tersebut. Hari guru in disebut sebagai seuseung-ui nal. Di Taiwan hari guru diraikan pada 28 september setiap tahun. Di Thailand, tarikh 16 Januari telah dipilih sebagai hari guru. pendek kata semua negara menyabut hari guru. Jadi Huraiyah nak ucapkan Selamat Hari Guru Kepada Semua Guru-guru Di Malaysia dan seluruh negara. tanpa guru siapalah kami pada hari ini. so, kepada pelajar, hargailah guru-guru anda. jangan buat mereka menangis kerana kesilapan kita, tapi buatlah mereka menangis kerana kejayaan kita. ok. sampai sini dulu celoteh Huraiyah untuk kali ini. ada masa kita jumpa lagi. daaaa. bye2. tata titi tutu...

2 comments:

boleh comment disini...