Sunday, 24 June 2012

Khasiat Buah-buahan Pada Wajah


Salam 1 Malaysia semua… dah terlalu lama sangat tak update blog ni. Rindu sangat nak mengupdate blog. Tapi Huraiyah tak sempat nak berbloging. Konon-kononnye sibuklah sangat kan (padahal tak tahu nak tulis ape) so kali ni Huraiyah nak cerita khasiat buah-buahan pada wajah kita. Baru terbaca pasal maklumat ni. So nak sharelah sikit. Biarpun dah ramai yang tahu, tapi nak juga citer. Bila sebut pasal buah-buahan ni kan, mesti semua tahu kebaikan makan buah-buahan. Tapi ada juga buah-buahan yang bukan sahaja enak dimakan dan baik untuk tubuh badan kita, tapi juga boleh mencantikkan wajah. Bukan sahaja badan akan sihat, tapi wajah juga nampak cantik, halus dan bermaya. Jom kita cuba…

Kulit Berminyak

Untuk meneutralkan kulit yang berminyak, hancurkan sebiji epal sehingga halus. Kemudiah sapukan rata-rata pada wajah yang telah dibersihkan. Biarkan selama 20 minit.bersihkan wajah dengan air suam dan bilas dengan air sejuk untuk tujuan menutup pori-pori yang terbuka. Kalau boleh lakukan seminggu sekali. Pernah cuba.. anda pun trylah..


Tanggalkan Sel Kulit Mati
 
Rendam kulit lemon di dalam air panas dan dalam masa yang sama cucuk kulit lemon tersebut dengan garfu. Biarkan sehingga airnya menjadi suam dan cucikan wajah dengan air tersebut. Keringkan wajah dengan tuala bersih dan lembut. Ia berfungsi untuk menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati juga boleh mencerahkan wajah yang kusam. (jarang2 boleh naik ke rumah..)


Kulit Cerah & Lembab

 
Hancurkan 3 biji buah strawberi dengan 1 sudu madu (jangan terlalu hancur). Sapukan pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Setelah masker agak mengering, gosok dengan gerakkan melingkar untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan melancarkan peredaran darah. Basuh dengan air sejuk. Lakukan seminggu sekali. Vitamin C pada strawberi baik untuk mencerahkan kulit dan madu pula bertujuan untuk melembabkan kulit. slalu bila makan mesti kena yang masam.huuu...


Kurangkan Sun Burn

Tembikai boleh menyejukkan kulit yang tebakar akibat dari matahari. Hiris tembikai nipis-nipis, lekapkan lekapkan pada wajah dan biarkan selama 20 minit dan bersihkan. Buah ini mengandungi zat astringent yang berkhasiat sebagai tonijk dan mampu menyejukkan wajah. Tembikai ni memang sedap kena plak musim panas, hilang rasa haus. sejuk je rasa.


Kulit Lembut

 
Lembutkan kulit wajah dengan perahan sibiji tomato. Campurkannya dengan satu sudu  perahan lemon dan sapu pada wajah. Biar selama 20 minit lakukan seminggu sekali. Tomato ni sedap buat sambal belacan. Satu family minat..


Kulit Kering

Campurkan setengah biji pisang dengan satu sudu susu serbuk tawar dan satu sudu madu. Sapukan masker ini pada wajah. Biar selam setengah jam lalu bersihkan dengan air suam. Guma seminggu sekali. Pisang mampu melembabkan kulit yang kering. Selalunya pisang ni goreng sedap kan.. nak makan cam tu pun boleh. tapi juga boleh buat masker.


Atasi Masalah Jerawat

Campurkan 1 sudu air perahan limau nipis dengan 1 sudu madu yang telah dipanaskan. Setelah sejuk, sapukan ia pada wajah dan biarkan selama 30 minit. Madu mengandungi zat antiseptic yang mampu membunuh kuman penyebab jerawat manakala limau nipis mampu mengurankan kadar minyak berlebihan pada kulit wajah. Guna setiap hari sehingga jerawat hilang. X pernah cuba cara ni. tapi pernah cuba letak kulit kayu manis, pedih tapi berkesan  (sedap buah air sirap limau, feveret tuu..)


Cegah Kedutan

Betik boleh meremajakan kulit. Hancurkan betik yang benar-benar masak dan campurkannya dengan satu sudu madu. Sapu pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Betik mengandungi estrogen yang mampu meremajakan kulit wajah dengan cara menanggalkan sel-sel kulit mati dan mencegah kedutan. Lakukan seminggu sekali. nanti huraiyah nak cuba jugak..hehe... cerita je kat korang tapi x pernah cuba lagi.


3 comments:

  1. Wow... tak sangka buah tembikai bleh hilangkan sunburn. Epal hijau dgn stoberi tu feveret saya. Rasanya tak sempat nak letak kat muka, dah ngap dulu. Heheh.

    ReplyDelete
  2. hehe... betul lah tu LydSunshine.. sama ajelah kita ni..elok2 bli tuk mkan r kan..hehe

    ReplyDelete
  3. kalo kulit tgh luka pastu pkai lemon.adooi..pedihnye.hihi

    ReplyDelete

boleh comment disini...