Wednesday, 5 December 2012

Penjagaan Kucing Parsi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.. kali ni Huraiyah nak kongsikan cerita tentang penjagaan kucing parsi. Biarpun dah ramai yang tahu pasal penjagaan kucing parsi ni, tapi Huraiyah tetap nak tulis jugak. Ini mengikut pengalaman Huraiyah. Huraiyah ada membela sepasang kucing parsi usianya baru 2 bulan lebih. Kucing parsi ni comel. Bulunya panjang. Huraiyah namakan coco dan cheepo. Cheepo bermaksud gift tapi Huraiyah dah tak ingat bahasa apa cheepo ni.. Coco pulak sebab warnanya coklat gitu maka di panggillah coco. Mula-mula nak jaga kucing jenis nie, huraiyah pun google lah kat internet. Maklumlah ni pengalaman pertama jaga kucing jenis ni. Kucing parsi ni seperti yang kita semua tahu, penjagaannya agak rumit & agak sensitif sikit. Mula-mula dapat kucing ni, suka sangat. Maka banyak jugalah pelaburan yang perlu kita beri tuk kucing jenis ni. Makanan, pasir untuk najisnya, mainan, syampu, sikat tuk bulunya pun perlu ada jugak, susu tuk kucing dan sebagainya. Jadi agak teballah jugak pelaburannya. Bagi huraiyah, rasanya berbaloi kerana dapat tengok cheepo & coco yang comel bermain dan membesar bersama. Coco seekor kucing yang lasak dan suka bermain-main, berlari kesana kemari tapi berlainan pula dengan cheepo yang lebih suka di belai. Cheepo ni manja sikit. Makan dan minum susu pun bersuap. Pasal penjagaannya pula, (ini mengikut pengalaman Huraiyah lah setakat ni) mungkin lain orang, lain caranya kot..jom baca
1)     Mandi dengan air suam. Jangan mandikan dengan air yang sejuk terutama dari paip air. Kalau sejuk sangat campurkan dengan air panas kasi air tu suam2 je. Sebab apa? Sebab kucing ni berdarah panas. Jadi bila mandi dengan air sejuk suhu badannya akan meningkat dan boleh menyebabkan dia terkejut & tak nak mandi lagi lepas-lepas ni…nanti dia busuk susah plak nak main. hehe so kena hati-hati. Oh ye yang penting kat sini gunakan shampoo yang sesuai tuk bulu kucing jangan gunakan shampoo tuk kita ni tak sesuai.
·         Info tambahan : boleh gunakan sabun pencuci pinggan tuk mandikan kucing anda jika ada kutu pada kucing tu. Kerana bahan yang terkandung dalamnya sesuai tuk membunuh kutu kucing tu. Tapi lebih afdal kalau pegi je kat kedai kucing beli shampoo tuk bunuh kutu. Kan senang dan selamat.

2)     Sangkarnya jangan diletakkan tempat yang sejuk sangat. Boleh letak kat luar kalau x nak bawa masuk rumah tapi cari tempat yang sesuai. Pastikan sangkarnya luas dan selesa tuk kucing2 ni. Letakkan bekas pasir najis dan air minuman. Agar dia reti nak berdikari sikit.hehe
3)     Kalau boleh bila jaga kucing parsi ni jangan di campurkan dengan kucing kampung yang terbiar ataupun kucing liar. Takut kucing liar ni makan makanan yang tercemar dan bawa virus kat kucing kita. Ini mengikut pengalaman huraiyah, kerana Cheepo terkena virus yang dibawa kucing liar ni. Kata doktorlah kan. Sekarang ni sedang dirawat lagi.

4)     Makan mengikut masa. Jangan letak makanan dalam sangkar setiap masa. Takut nanti obesiti pula. Hehe…

5)     Kucing jenis ni kena sikat bulunya dengan kerap kerana takut bulunya bergumpal. Huraiyah sikat setiap hari. Tapi ada jugak kucing yang memang x suka di sikat. Jadi kena pandai tackle dia agar dia nak sikat bulunya. Contohnya bagi makanan dan sikat pastu bagi lagi bergilir-gilir. Ops!! yang penting guna sikat khas tuk kucing.

6)     Bawa kucing anda jalani pemeriksaan seperti yang dah ditetapkan. Bagi ubat cacing setiap 3 bulan sekali. Bila usianya 3 bulan, bawa ke klinik untuk suntikan vaksin. Penting sangat tau.

7)     Lepaskan kucing anda mengikut masa yang di tetapkan. Masa tuk dia bermain. Contohnya 2 jam ke. Atau ikut suka anda. Kalau boleh jangan lepaskan setiap masa. Sebab takut kucing ni mengutip dan makan yang tak sepatutnya.

8)     Makanan untuk kucing jenis ni pula, boleh beli kat kedai kucing. Ada banyak jenis ada yang tuk penjagaan bulu, yang biasa, murah, mahal pilih jer. Tapi pastikan yang sesuai dengan dia. Sesetengah kucing ada jenis makanan yang dia alergi.pastikan dulu jenis makanannya. Kalau boleh elakkan menukar jenis makanan dengan kerap. Kalau dah guna jenis tu, elok diteruskan. Kalau nak tukar jugak boleh tapi jangan secara mendadak. Campurkan makanan lama dengan baru. Tuk mula-mula 70% lama dan selebihnya makanan baru then teruskan pula 50:50 hinggalah semuanya makanan baru agar dia x terkejut atau alami alergi.

9)     Bila buat susu untuk kucing ni, pastikan tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Nanti dia akan cirit-birit. Jadi buat yang sedang-sedang jer. Asal tidak terlalu cair or pekat. Kat kedai kucing biasanya ada banyak pilihan susu untuk kucing.

10) Mainan pula kalau boleh jangan bagi yang kecil sangat. Takut nanti dia tertelan. Manalah tahu kan kot-kot boleh tertelan, nanti susah pulak.

11) Pasir tuk najis kucing penting jugak. Ada jugak pasir berbau wangi, tapi sesetengah kucing x nak buang najisnya kat pasir wangi ni. Jadi Huraiyah guna yang biasa aje. Tapi yang penting pasirnya mestilah yang dibeli kat kedai kucing. Kalau boleh elakkan daripada bagi pasir yang kat luar rumah tu kerana mungkin ada hama yang boleh menjejaskan kesihatan kucing parsi ni. Maklumlah kucing parsi ni jenis indoor.

12) Bila kucing ni sakit, cepat-cepatlah bawa berjumpa doctor. Kalau boleh masakkan bubur & ikan dan blender hingga hancur. Ini untuk memudahkan dia makan. Cheepo pun Huraiyah buat macam ni bila dia sakit. Macam mana nak kesan? Macam kucing huraiyah ni, bila dia makan dia x kunyah pun makanan dia. Dia terus telan jer. Lepas tu dia selalu inginkan perhatian. So Huraiyah pun bawa berjumpa doctor dan memang sakit. Sekarang masih dirawat lagi. Tapi setiap kucing lain-lain tanda dia sakit. Jadi perlu di perhati selalu. Ops lagi satu jangan sesekali bagi kucing makan panadol.bahaya!!

At the end nya, kucing parsi ni agak sensitif. Penjagaan rapi dan perhatian yang lebih perlu di berikan terutamanya bila dia masih kecil/baby lagi. So setakat ini sajalah yang boleh huraiyah kongsikan dengan anda semua pasal kucing parsi ni. Semoga dengan entri kali ni dapat membantu anda yang berminat untuk memiliki dan menjaga kucing ni. oh ye gambanya nanti Huraiyah akan tunjukkan lain kali ye. masa ni dia sakit. bila dah ok nanti akan Huraiyah uploadkan gambarnya ok..
Sekian.
Wassalam..

10 comments:

  1. bismillahirrohmanirrohiim
    assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    Rasulullah bersabda yang artinya : "Makanlah buah zaitun dan pakailah minyaknya karena ia berasal dari pohon yang diberkahi." (Sunan At Tirmidzi 7/44, Shahih)
    info dan pemesanan minyak zaitun, silahkan menghubungi ym : berkah.sunnah
    kami tidak hanya berdagang tetapi juga berdakwah
    wassalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    alhamdulillahi robbil'alamiin.

    ReplyDelete
  2. bismillahirrohmanirrohiim
    assalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh

    Rasulullah bersabda yang artinya : "Makanlah buah zaitun dan pakailah minyaknya karena ia berasal dari pohon yang diberkahi." (Sunan At Tirmidzi 7/44, Shahih)

    info dan pemesanan minyak zaitun,
    silahkan menghubungi ym : berkah.sunnah

    kami tidak hanya berdagang tetapi juga berdakwah

    wassalamu'alaikum warohmatullohi wabarokatuh
    alhamdulillahi robbil'alamiin.

    ReplyDelete
  3. menarik entri ni..
    kalo bleh part II?

    ReplyDelete
  4. bela kucing parsi memang leceh tp rasa berbaloi bila tgk si bulus tu gembira

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg leceh dan berbeza sgt dgn kcg kampung..sy ade 4ekor 2 pasang la kiranya.. dan 5 ekor kucing kampung.beza sangat cara penjagaannya..

      Delete
  5. "4) makan ikut masa". bila masa yang sesuai bagi kucing makan? berapa kerap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu masa dia kecil, slalu letak dalam sangkar, jadi mknnya kerap saya letak dalam 5/6 kali jugak la letak. Tp letak sikit2 coz x nak makanan tu lemau. Takut dia sakit perut. Masa kecil dia sensitif. Tapi sekarang ikut dan dia je dah. Cuma sesekali rebus isi ayam tanpa letak apa2 perasa. Garam pun jangan letak. Bagi dalam 2 minggu sekali. Ini untuk kasi dia ubah angin sikit la n bagi dia gemuk sikit

      Delete
    2. Terima kasih erana sudi singgah ke blog saya..

      Delete
  6. Terima kasih di atas info yang berguna ini. Jemput lawat blog saya http:// emyhealthandbeautyshop.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. tq for the info... mana pic kucing.. tringin nk tgok, :)

    ReplyDelete

boleh comment disini...