Friday 23 November 2012

Mencari Sepasang Kasut

Salam Satu Malaysia semua. pertama sekali Huraiyah minta maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ni. kerana kesibukan kerja dan bermacam-macam perkara seharian yang dilakukan hampir terlupa pulak pada blog ni. kali ni Huraiyah nak kongsikan pengalaman sikit la.. ceritranya macam ni..

Satu hari tu Huraiyah keluar dengan my niece. Kite orang nak cari kasut. so masuklah dalam sebuah kedai kasut & beg. Masuk & jenguklah kat dalam kedai tu. mula-mula tengok beg (hehe.. biasalahkan bagi perempuan suka tengok beg..especially macam huraiyah ni suka sangat kumpul beg buat koleksi), oh ye my niece ni pegi la tengok kasut, then huraiyah pun follow dia dan tengok lah jugak.. ambil sepasang kasut nak test, tiba-tiba je tuan punya kedai ni. kata kata kita orang "you tak boleh cuba kasut kat sini, coz sepasang kasut cuma ada sepasang saiz je, kalau nak I boleh ambil U punya size". kami pun cakap baik-baik "nak beli kasut mestilah nak cuba dulu kan, nak tengok keselesaannya dengan kaki kita ni. takkan lah nak bayar dulu baru cuba". Tapi tetiba amoi tu marah dan kata kalau u x nak beli jangan la try (sedangkan hajat di hati memang nak beli pun. cantik jugak kasut tu) amoi tu nampak marah sangat. untuk tidak memanaskan keadaan kiteorng pun mintak maaf & terus keluar dari kedai tu. terbantut hajat kami nak beli sepasang kasut & beg. cuma yang jadi tanda tanya pada kami, kalau x boleh try kasut macam mana nak beli. dah tu siap marah lagi. pada semua orang ke dia cakap macam tu? x dapat nak pastikan. Bila difikir semula, mungkin juga kerana dia sudah kepenatan dan mood pun jadi kurang baik. tu sebab dia cakap macam tu. & salah Kami juga yang terus nak try kasut tu. entahlahkan. tapi yang pasti Huraiyah tak marahkan amoi tu. apa pendapat korang plak? salah kami ke?
Tulah seba sedikit cerita yang nak dikongsikan. di lain masa akan huraiyah kongsikan sedikit informasi tuk renungan kita bersama.