Sunday 30 December 2012

Azam Dan Semangat Baru

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat pagi semua...

Diam tak diam dah setahun lagi berlalu. Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih diberi peluang untuk berada di dunia ini lagi dan menanti ketibaan tahun baru 2013. rasanya sekejap je masa berlalu. pejam celik-pejam celik dah 2013. hari ini hari terakhir 2012, so apa yang anda semua nak buat? ada lagi azam yang x di tunaikan? jom kita sama-sama buat sempena tahun baru ni & kerana hari ni hari terakhir 2012 lah katakan..
Banyak yang berlaku dalam tahun ini.yang baik, sedih, gembira, semua ada. Bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. tutup buku lama, buka buku baru. Tapi sesekali kena tengok jugak buku lama.. jangan dibuang terus ye tak? Sebenarnya ada lagi azam or wishlist Huraiyah yang masih tak tercapai. jadi sempena tahun baru yang bakal menjelang ini, diharapkan semoga diri ini dapat mencapai apa yang dihajati dan ebih mendekatkan diri pada yang Esa, Allah s.w.t. dengan semangat baru semoga kehidupan kita ini akan memberi erti yang tak ternilai dan menghargai apa yang kita ada. Oklah sekian saja coretan tuk kali ini. apapun kepada sebua pembaca & blogger Huraiyah ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan kita. segala suka duka kita lalui, kini datang pula tahun baru. All the best in our life & may dream become true..
 
p/s : sempena tahun baru ni, Perdana menteri kita pun beri hadiah, Rebat RM200 beli telefon pintar 3G dibawah harga RM500. untung sangat rasanya. Huraiyah juga cuba untuk mendapatkan telefon itu nanti. bolehlah mula mendaftar pada hari selasa, (esok) 1 Januari 2013 ye...

Friday 23 November 2012

Mencari Sepasang Kasut

Salam Satu Malaysia semua. pertama sekali Huraiyah minta maaf kerana sudah lama tidak mengupdate blog ni. kerana kesibukan kerja dan bermacam-macam perkara seharian yang dilakukan hampir terlupa pulak pada blog ni. kali ni Huraiyah nak kongsikan pengalaman sikit la.. ceritranya macam ni..

Satu hari tu Huraiyah keluar dengan my niece. Kite orang nak cari kasut. so masuklah dalam sebuah kedai kasut & beg. Masuk & jenguklah kat dalam kedai tu. mula-mula tengok beg (hehe.. biasalahkan bagi perempuan suka tengok beg..especially macam huraiyah ni suka sangat kumpul beg buat koleksi), oh ye my niece ni pegi la tengok kasut, then huraiyah pun follow dia dan tengok lah jugak.. ambil sepasang kasut nak test, tiba-tiba je tuan punya kedai ni. kata kata kita orang "you tak boleh cuba kasut kat sini, coz sepasang kasut cuma ada sepasang saiz je, kalau nak I boleh ambil U punya size". kami pun cakap baik-baik "nak beli kasut mestilah nak cuba dulu kan, nak tengok keselesaannya dengan kaki kita ni. takkan lah nak bayar dulu baru cuba". Tapi tetiba amoi tu marah dan kata kalau u x nak beli jangan la try (sedangkan hajat di hati memang nak beli pun. cantik jugak kasut tu) amoi tu nampak marah sangat. untuk tidak memanaskan keadaan kiteorng pun mintak maaf & terus keluar dari kedai tu. terbantut hajat kami nak beli sepasang kasut & beg. cuma yang jadi tanda tanya pada kami, kalau x boleh try kasut macam mana nak beli. dah tu siap marah lagi. pada semua orang ke dia cakap macam tu? x dapat nak pastikan. Bila difikir semula, mungkin juga kerana dia sudah kepenatan dan mood pun jadi kurang baik. tu sebab dia cakap macam tu. & salah Kami juga yang terus nak try kasut tu. entahlahkan. tapi yang pasti Huraiyah tak marahkan amoi tu. apa pendapat korang plak? salah kami ke?
Tulah seba sedikit cerita yang nak dikongsikan. di lain masa akan huraiyah kongsikan sedikit informasi tuk renungan kita bersama.

Thursday 26 April 2012

salam semua.... hari ni hajat nak buat cheese cake... tapi x jadi plak... hampanya... kenapa? sebab bahan yang ada x cukup plak dah. nak keluar bandar beli bahan2nya jauh sangat. cam malas plak... terpaksa la tangguh dulu. sedih plak. kalau x boleh Huraiyah tunjukkan pada korang semua kek tu. xpa lain kali bila Huraiyah dah buat akan Huraiyah tunjukkan. Kelmarin Huraiyah beli sate kat pasar malam Huraiyah order 4 bungkus. dah siap tu huraiyah pun bayar la harganya. sebungkus RM6 jadi bila 4 jadi RM24. tapi tah macam mana penjual tu kira RM18 Huraiyah pun bayar lah. last2 balik rumah, nak makan baru Huraiyah perasan harga yang dibayar cuma tuk 3 bungkus je. Alamak!!! rasa bersalah plak dah. tak apa yang Huraiyah pikir sampai x ingat nak kira sama2. jadi siapa yang bersalah? Huraiyah ke or Penjual tu yang bersalah? sama2lah kot... tapi Huraiyah tetap kena bayar juga minggu depan pegi balik. terpaksa lah tebalkan muka tuk bayar semula lagi sebungkus tu. takut juga kalau dorang marah...xkan nak makan free kan. k lah tu saja tuk kali ni. saja nak kongsikan cerita kisah hidup Huraiyah. daaa...

Saturday 21 April 2012

Salam semua... hari ni nak update blog...

Dah brapa hari ni Huraiyah jadi cikgu sambilan. Hari ni jadi tukang kebun plak. tuk rumah sendiri lah. penat jugak. lama x buat keje luar ni terasa penatnya.  Lenguh tangan tebang dahan pokok yang dah dekat dengan rumah. Jap lagi nak jadi cikgu sambilan plak. tapi seronok juga. jadi cikgu BI dan akaun. Cewahhh! macamlah Huraiyah ni reti sangat BI kan. hehe... xdalah, x terorr pun BI ni. setakat ajar budak sekolah rendah boleh la.. dalam beberapa hari ni Huraiyah cuba tuk mencantikkan blog Huraiyah ni. Tapi x berapa nak menjadikan. banyak juga dah Blog yang Huraiyah baca & cuba ikut. ada yang menjadi, & ada yang x menjadi. salah Huraiyah sendiri lah coz x reti sangat pasal blog ni. tetiba je rasa nak buat blog. terus je buat. tengok orang buat cam seronok je, tu yang nak ikut gak tu. hehe. tapi x reti. masalah ni..... Risau plak dah. Takut orang singgah & x follow my blog ni. yelah x seindah nama. apapun Huraiyah akan cuba tuk mengindahkan blog ni. semoga korang semua x bosan dengan blog ni. Akan ku usaha untuk mengindahkan blog ni. seindah namanya (perasan je ni). sebenarnya dalam beberapa hari ni jugak Huraiyah tercari2 kerja. susah jugak nak minta kerja sekarang ni. banyak juga Huraiyah isi borang moga2 adalah yang tersangkut nanti. Banyak2lah berdoa. sebelum ni, dah banyak interbiu pegi, tapi x da pun yang sangkutnya. kalau blh nak yang tetap, tapi Huraiyah sedar kita ni x boleh nak memilih sangat kan actualy, keje sekarang pun dah ok dah. saja nak luaskan pengalaman. yang penting kita ni jangan cepat putus asa. usaha selagi termampu. kalau kita rasa kita ni susah, sebenarnya ada yang lebih susah lagi dari kita. hmmm k lah ni saja corat-coret tuk kali ni. lain kali ada yang menarik, Huraiyah bagitahu k. daaaaa

Tuesday 17 April 2012

Huh!! susahlah...

Ternyata nak buat blog ni susah lah. Yelah Huraiyah kan blogger baru. banyak nak kena blaja. Tapikan, camne korang sume blh buat blog yang cantik2 ek? jeles plak. Huraiyah je yang baru nak blaja buat blog ni. x pa slow2 kan. lama2 nti bleh la tu(cewah). Huraiyah ni sedang cuba blaja tuk percayakan diri sendiri (sebenarnya. cuba yakinkan diri ini blh buat apa yang Raiyah rasa nak buat) tapi perkara yang dibenarkan jelah. Bukan apa baru tersedar dari mimpi yang panjang. bila dah berlaku baru nak buat & ubah kan. biasalah manusia tidak sempurna. tapi Huraiyah akan cuba perbaiki. oklah sampai sini saja. tata titi tutu...

Monday 16 April 2012

Pelangi Kasih


Cantik tak kek ni? Huraiya minat buat kek, tapi...........................

tak pandai nak menghias...kiranya Huraiya ni kurang kreatif lah kan.. kek ni agak rumit nak buatnya. Raiya sendiri pun minta bantuan orang lain jga tuk buat & hiaskan kek ni. (kantoikan)  :-) . kiranya Raiya x buat sendiri la ni. rasanya sedap, tapi cuma kurang sedap mata memandang (x cantik). hehe... maaf ye. nama kek ni pelangi kasih. Tau x knapa digelar pelangi? Sebab kek ni ada 3 lapis. Lapisan pertama perasa pandan, lapisan kedua perasa cappucino dan lapisan ketiga perasa strawberry. sedap tau. walaupun pada Huraiya cara nak buat dia rumit sikit tapi sedap & hasilnya memuaskan. berbaloi rasanya. Kek ni kami kongsi dengan family kami semua...ramai yang kata sedap. (masuk bakul bocor,angkat sendiri kan) Bila dah potong, cantik gabungan warnanya.. Pink, coklat & hijau. Siyess cedap!!! boleh la cuba... 

Thank You kepada orang yang menulis resipi kek Pelangi Kasih ni..:-D

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua blogger..

Tak sangka sungguh Huraiyah akan menyertai blogger juga... selama ni asyik tengok orang punya blog. ada juga niat nak buat, tapi vitamin 'M' banyak sangat dalam diri ni...hehe... last2 baru hari ni la Raiya nak buat blog. baru terbuka hati kot hehe... kepada u allz sume blogger2, Raiya harap blog tak seberapa Raiya ni dapat di kongsi bersama-sama. Ni 1st time Raiya buat blog, so mybe ada la kan yang Raiya tersalah tekan & buat blog ni cacat sikit, jadi Raiya nak minta maaf awal2 la coz blog ni nampak tak cantik sikit... nanti slow2 Raiya ubah ek.. bak kata amir raja lawak, I'm sorry. ok lah ni aje tuk kali ni nti Raiya update lagi.. Bye..C u later