Sunday, 30 December 2012

Azam Dan Semangat Baru

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat pagi semua...

Diam tak diam dah setahun lagi berlalu. Syukur Alhamdulillah kerana diri ini masih diberi peluang untuk berada di dunia ini lagi dan menanti ketibaan tahun baru 2013. rasanya sekejap je masa berlalu. pejam celik-pejam celik dah 2013. hari ini hari terakhir 2012, so apa yang anda semua nak buat? ada lagi azam yang x di tunaikan? jom kita sama-sama buat sempena tahun baru ni & kerana hari ni hari terakhir 2012 lah katakan..
Banyak yang berlaku dalam tahun ini.yang baik, sedih, gembira, semua ada. Bak kata pepatah, yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. tutup buku lama, buka buku baru. Tapi sesekali kena tengok jugak buku lama.. jangan dibuang terus ye tak? Sebenarnya ada lagi azam or wishlist Huraiyah yang masih tak tercapai. jadi sempena tahun baru yang bakal menjelang ini, diharapkan semoga diri ini dapat mencapai apa yang dihajati dan ebih mendekatkan diri pada yang Esa, Allah s.w.t. dengan semangat baru semoga kehidupan kita ini akan memberi erti yang tak ternilai dan menghargai apa yang kita ada. Oklah sekian saja coretan tuk kali ini. apapun kepada sebua pembaca & blogger Huraiyah ucapkan selamat Tahun Baru 2013. Malam ini akan berlalu, minggu ini akan beranjak, bulan ini akan pergi, tahun ini akan meninggalkan kita. segala suka duka kita lalui, kini datang pula tahun baru. All the best in our life & may dream become true..
 
p/s : sempena tahun baru ni, Perdana menteri kita pun beri hadiah, Rebat RM200 beli telefon pintar 3G dibawah harga RM500. untung sangat rasanya. Huraiyah juga cuba untuk mendapatkan telefon itu nanti. bolehlah mula mendaftar pada hari selasa, (esok) 1 Januari 2013 ye...

3 comments:

  1. waaaaa.. hehe.. beli jgn x beli.. hehe.. telefon ape yg menarik bawah rm500 skang ni ek?

    ReplyDelete
  2. hahah..rebate jgn x rebate

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... orang dah bagi kita terima betul tak??

      Delete

boleh comment disini...